Thursday, February 21, 2019

Langkah-langkah menampal roadtax kereta yang betul.

Alhamdulillah. Hari ini genap 2 tahun VR8940. So hari ni aku nak share cara2 nak tampal roadtax yang betul supaya nanti Masa nak tanggal yang dah expired senang dan tidak meninggalkan kesan gam yang lama.
1st sekali kena renew roadtax la dulu. Aku renew dekat post offices saja, tak payah tunggu masa yang lama untuk buat insurance dan roadtax sekali gus. Insurance aku pilih Hari ini ialah etiqa takaful. Sebelum ini guna berjaya sampo. Itu pun ok juga la.
Roadtax sticker Dan roadtax. 

 Roadtax sticker boleh mintak kat agent free aje.

Umpil roadtax Dan tampalkan dikawasan kosong pada roadtax sticker.

Done.

Step kedua

Roadtax lama dah pudar sudah.

Tengok, kan senang nak tanggal. 

Siap.














Thursday, February 14, 2019

Benelli RFS 150i limited edition 1st service @ 1000km

Usia Mr Ben baru masuk sebulan (tarikh beli 11/01/2019). Hari ni cadang nak bawa Mr Ben pergi service pertama dekat SC dekat Alma (kilang SYM). Sampai SC,mereka cakap kena buat appointment dulu. Oleh kerana Mr Ben kami Tak ada masalah just nak buat minor service sahaja, SA(service advisor) recommend satu dealer Benelli yg tak jauh dari SC. Lagi satu pemilik dia ni pernah menjadi mekanik di SC Alma ini. So dia kenal benar la selok belok si Mr Ben ini.


Memo dari MForce. Nak Mai service buat appointment dulu. 
Dealer yang aku pergi ialah Mega Fortune. Dia punya service tahap sungguh professional.terbaik.



Resit bayaran dan senarai barang yang ditukar



Mr Ben baru lepas service. Injin bersemut saja.



Saturday, February 9, 2019

Western Digital 'Family Friendly' TGV Cinemas @ 1st avenue Penang.

Assalamualaikum. Hari ini my family join with other WD Penang family tgk wayang dekat Tgv 1st avenue Penang. Movie yang ditayangkan ialah Lego The Movie 2.
Ticket sekeping RM5. Jadi Sekeluarga 5 org cuma RM25.

Zulhairie Anuar teruja dapat popcorn. Popcorn Dan mineral water termasuk dalam package.

Apa itu family friendly session? Family Friendly season ialah salah satu session which they invite families with toddler and the like to enjoy a movie session whilst allow thier kids to run about and play to their hearts content.

The hall and TGV’s friendly attentive staff are fully equipped to facilitate the most enjoyable cinema experience for the whole family.
Baby changing rooms are available at your earliest need and should cater to every requirement.

To ensure families have a more comfortable and relaxing time, the cinema volume will be lowered and the lights dimmed.
Parents are advised to strictly follow the “House Rules” throughout the session.

WHAT ARE THE HOUSE RULES?

Kids are allowed to ask “Why”Kids can scream and shout, and let it all outKids can make new friendsKids are allowed to move aroundParents, please proceed to the toilet for anything wetter than tears.

Proton Exora 1.6 Turbo Premium service @ millage 58000KM @ Usia 2 tahun

 Alhamdullilah hari ini bawa VR8940 masuk Service Centre proton Didi Motor Kulim, salah satu proton dealer yang baru dibuka tahun lepas (2018). Untuk hari ini just nak tukar Minyak Injin sahaja sebab kalau ikut buku kena tukar minyak gearbox sekali. Tetapi kami dah buat awal masa millage ~50000KM dulu. Budget untuk service hari ni kurang dari RM300.
Setelah check in dengan Service Advisor (SA) dan serahkan kunci dengan buku rekod service, SA passkan kereta kepada Technician untuk proses menukar minyak dan mengodek2 kereta untuk memastikan semua dalam keadaan ok.
Setelah sejam menunggu, SA datang memberitahu terdapat masalah pada Tensioner Bearing econ yang berbunyi. Budget kalu tukar dalam RM300 macam tu, lepas tu tanya balik SA benda ni masuk dalam warranty ke tak. Dia check dalam sistem masih dalam warranty, fuh sep duit. so FOC la tukar benda ni.
Senarai harga bayaran untuk service hari itu.
Service hari ni bertuah dapat free give dari Petronas set pinggan lumirac 3 pcs. Jarang dapat mungkin sebab Chinese New Year kot. wife happy la..




Friday, February 8, 2019

1st impression Proton Exora 1.6 CVT Turbo Premium.

Alhamdulillah..hampir 2 tahun usia VR8940 Proton Exora Premium 1.6 Turbo. Keluar dari showroom pada tarikh 22 HB 2 tahun 2017. Urusan jual beli di showroom dealer proton di Padang Lallang Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Bergambar bersama Sale Manager Moktarol Zaidi.
Daftar no plat Wilayah sebab Masa tu no Siri VR baru keluar (konon2 Valentino Rossi la). So sempatlah dapat VR8940. Kenapa pilih Exora? Mungkin faktor keluasan ruangnya. Kalau nak dikira kami anak beranak cuma 5 org sahaja (setakat Masa blog ni ditulis). Kereta sedan pun dah ok. Tapi selalu jugak bawak mak aku pi jalan2 makan kenduri Dan llg. 2 3 hari keluar dari showroom kebetulan cuti, Kami test drive bawak pergi round2 area perak tengah, Mula2 melawat komplex bersejarah pasir Salak di Batu Gajah Perak. Balik singgah di Lumut dan terus balik ke rumah di Kulim Kedah. Jarak milage dalam lingkungan 500km juga la.
1st service dekat Hasfas Bukit Mertajam. Service advisor dia ok. Masa tu service percuma untuk 3 kali service.cuma bayaran untuk harga minyak he la. Aku pilih minyak fully sintetik kerana kami kerap jalan jauh. Kalau fully jarak next service minyak injin range 10km kalau semi sintetik dalam range 5km. Kalau guna semi tak sampai 2 bulan kena menghadap service center (SC) lagi.
Kereta kami yg belakang. Yang depan tu adik dia.🤣🤣